Hot FM

Kebajikan Staf Diutamakan, Hafiz Mahamad Boleh Dijadikan Majikan Contoh

Nama usahawan Hafiz Mahamad sering disebut dengan kisah bahagia dan perkara baik yang dikongsikan.

Pada 9 Disember 2020, beliau telah memuat naik satu video perkongsian di Instagram.

Hantaran itu menunjukkan beliau dan isteri membeli hadiah dan menyampaikan bonus buat pekerjanya.

Antara caption yang ditulis:-

“Happy bila tengok reaction “staff dapat bonus & gift”

Pada saya, mereka ni semua hebat sangat. Saya tak suka team saya kecewa, tak cukup makan & sebagainya. Saya risau sangat, jujur dari hati”

Menurut Hafiz, beliau sangat menghargai kerja dan usaha yang dilakukan stafnya:-

“Saya faham team saya, mereka keluar pagi kadang ada yg sampai balik malam. Mereka tak berkira pun dari segi tenaga. Itu yg saya tak dpt lupa & hargai sangat sangat”

Beliau juga menyatakan bahawa kebajikan keluarga, pasukan dan pelanggan menjadi keutamaannya.

Hebatnya layanan yang diberikan seorang majikan seperti Hafiz Mahamad.

Bukan mudah nak dapat peluang macam ni.

Di ruangan komen pula, ramai yang memuji perkara baik yang dilakukan Hafiz tersebut.

Semoga stafnya juga akan berkhidmat dengan cemerlang di bawah seliaan beliau.

 

Baca artikel berkaitan: Hafiz Mahamad Buktikan Erti ‘Sahabat’ Yang Sebenar

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

Exit mobile version