Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

“Kenapa Kau Tak Pakai Tudung?” Skrip Drama Cinta Sekali Lagi Buat Penonton Sentap

today9 December 2020

Background

Setiap drama pasti ada jalan cerita yang menarik sehingga membuatkan penonton sendiri terpukau dan mengingati drama tersebut.

Jika bercakap tentang drama Cinta Sekali Lagi, pasti ada yang rasa sakit hati menonton drama lakonan Saharul Ridzuan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha itu kan?

Konflik rumah tangga yang terjadi disebabkan rasa cemburu membuatkan ada yang sanggup menduakan Tuhan menyebabkan drama itu terasa dekat dengan penonton kerana ia juga terjadi di dunia realiti.

Bagi episod 25, terdapat satu babak yang membuatkan ramai tersentap sehingga menganggap ia sebagai satu teguran yang tepat buat penonton.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

“Aku tanya kau sikit boleh? Kenapa kau tak pakai tudung? Perempuan Islam kan wajib tutup aurat.”

Soalan itu ditanyakan oleh pelakon Arash Mohamad kepada Nelydia Senrose yang merupakan anaknya di dalam drama tersebut.

Bagi segelintir netizen, itu merupakan teguran biasa yang akan diberikan oleh seorang bapa kepada anaknya serta perkara itu turut berlaku di dunia realiti.

Ramai penonton yang menonton drama berkenaan  mengucapkan tahniah kepada penulis skrip kerana telah berjaya membuatkan ramai terbuka hati untuk berusaha menjadi yang terbaik.

Written by: Ainaa Hafizah

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *