Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Kesan Buruk Tidur Lambat, Jaga-Jaga Gais!

today5 October 2020

Background

Zaman sekarang, orang muda seperti mostly jarang ada yang suka masuk tidur awal atau tidur sebelum pukul 11 malam.

Walaupun ada yang tidur awal tapi rata-ratanya waktu paling awal tidur sekarang ini pun adalah pada pukul 10 malam dan paling lewat, ada yang tidur pukul 4 pagi tau! Ish ish!

Tahu atau tidak, untuk anda yang masih bersekolah ini sebenarnya akan dapat banyak kesan yang buruk dari tidur lambat.  Jom tengok kesan buruk apa yang mungkin dihadapi nanti. 

PERTUMBUHAN TERBANTUT

Sumber gambar: IDN Times

Untuk pengetahuan, tidur yang cukup akan membantu pertumbuhan dengan lebih baik. Walaupun faktor genetik memainkan peranan utama dalam pertumbuhan badan tetapi jika anda  sendiri selalu tidur lambat, alamatnya pertumbuhan pun boleh jadi terbantut tau! Lebih baik berjaga-jaga! Jangan nanti kawan-kawan semua tinggi sebab tidur awal tiba-tiba anda seorang sahaja yang kecil molek.. Alamak!

BANYAK PENYAKIT

Sumber gambar: Dream

Selain dari itu, orang yang tidur lambat ini selalunya mereka tidak akan cukup tidur. Jadi, bila tidak cukup tidur, kesan yang akan dapat adalah banyak penyakit. Walaupun sekarang anda sihat tapi kalau amalkan gaya hidup tidur lewat ini, percaya atau tidak suatu hari nanti anda akan dapat penyakit seperti penyakit jantung, darah tinggi dan lain-lain. 

KULIT TIDAK SIHAT

Sumber gambar: Missdhuri

Seterusnya, kulit pun akan jadi tidak sihat sebab jika badan tidak cukup rehat, automatik kulit muka pun tidak cukup rehat dan itu akan menyebabkan kulit kering, boleh berjerawat dan boleh jadi lebih teruk.

MATA PANDA

Sumber gambar: IDN Times

Dan yang pasti mata akan kelihatan seperti panda. Hitam sahaja di sekeliling mata, dan kalau anda nak tahu nak hilangkan mata panda ini memang ambil masa tau. Jadi, elakkanlah tidur lambat ya. Nanti, kalau pergi sekolah, crush lari pula. Lagi susah nak kawan dengan si dia nanti! Terkejut crush tengok mata kita macam panda..

PENUAAN 

Sumber gambar: Neuffa

Tidur lambat juga akan menyebabkan penuaan lebih cepat terjadi kepada diri anda. Bukan sebab anda nampak matured atau apa. Akan tetapi muka anda akan ada wrinkle dan garis-garis halus di bahagian mata dan mulut. 

Jadi, apa yang anda perlu buat adalah ubah gaya tidur kepada waktu yang lebih awal. Kalau susah nak tidur awal, cuba juga belajar perlahan-lahan. Elakkan jumpa kawan selepas pukul 9 malam dan jangan pegang telefon selepas 10 malam.

Pastikan juga, anda tidur cukup dalam satu hari, sekurangnya satu hari tujuh ke lapan jam. 

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sosial

[GAMBAR] Suasana Masjidil Haram Kembali Di Buka Selepas Lebih 6 Bulan Tidak Beroperasi

Umat Islam di seluruh dunia berkongsi kegembiraan apabila kumpulan jemaah itu dibenarkan masuk ke Masjidil Haram mulai jam 6 pagi selepas membuat permohonan melalui aplikasi I'tamarna yang disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.Disebabkan penularan Covid-19 yang meningkat sejak Mac lalu, Arab Saudi telah mengambil pendekatan drastik bagi memerangi penyakit berkenaan. Menurut laporan, sebanyak 6,000 jemaah dibenarkan masuk dalam masa sehari. Kementerian Haji dan... Klik sini untuk baca artikel […]

today5 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *