Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Permaisuri Agong Muat Naik Gambar Lama, Tersingkap Sebuah Cerita

today1 November 2020

Background

Setiap individu dalam dunia ini pasti mempunyai kenangan manis bersama dengan orang yang tersayang yang diabadikan menerusi sebuah foto.

Perkara berkenaan turut berlaku kepada Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang baru-baru ini telah berkongsi sekeping gambar melalui laman Instagram miliknya.

Bukan hanya sekadar gambar biasa, malah ia telah menyingkap sebuah cerita yang ramai tidak tahu:-

“This picture was taken on Nov 14th 1984 after my late fathers installation as The 8th King of Malaysia,” tulisnya

Menurut Tuanku, baju yang dipakainya ketika itu telah dipakai semula oleh anak bongsunya Tunku Jihan ketika hari pertabalan suaminya sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 30 Julai 2019.

“Never in my wildest dream then, would I have captioned this photo as “The King and a future Queen!” 

Tambah Tuanku lagi, ia sudah tertulis oleh yang maha Esa tentang keberadaannya ketika ini, selain bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji kejelitaan Tuanku ketika itu sehingga kini, selain ada juga yang menyamakan kecantikan Tuanku sama seperti Princess Diana, iaitu isteri kepada Putera Charles.

 

Sumber daripada: Instagram airtangan_tunkuazizah 

Written by: Azra Azuar


Previous post

PALESTINIANS-POLITICS-US-FRANCE

Sosial

Lelaki Ini Cipta Kasut Khas Untuk ‘Pijak’ Macron Dan Trump, Dijual Pada Harga RM 200.00

Seorang tukang kasut yang berasal dari Palestin, Imad Mohammad telah mencipta satu kasut khas buatan tangan dengan nama Presiden AS dan Perancis dalam kaligrafi Arab sebagai tanda boikot terhadap dua pemimpin tersebut. Alasan Imad memilih dua pemimpin dunia yang terpalit dengan kontroversi ini adalah kerana mereka berdua telah ‘menggangu orangnya’. Presiden AS, Donald Trump sebelum ini telah mencetuskan kontroversi dengan memindahkan kedutaan AS... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today1 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *