Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Pokok Lidah Jin Tidak Sesuai Letak Di Dalam Rumah, Ini Sebabnya

today11 October 2020

Background

Umum mengetahui bahawa pokok lidah jin kini semakin mendapat tempat di hati kaum wanita untuk dijadikan dekorasi di dalam rumah.

Namun, seorang ahli kimia Dr Fatimah Salim melahirkan kebimbangan penyimpanan pokok dengan tersebut di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma seterusnya menjejaskan kesihatan golongan tertentu.

Menurutnya, ini kerana tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.

“Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata. Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok.”

Biar betul! Pusat Racun Negara kata pokok Lidah Jin beracun ...

“Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini.”

Jelas Dr Fatimah, terdapat alternatif kepada tanah jika ingin menyimpan pokok itu di dalam rumah antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.

“Boleh juga gunakan air sahaja namun harus rajin menukarnya untuk elak nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri.”

Sementara itu, Pusat Racun Negara pada 7 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook rasmi menasihati orang ramai terutama jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakan.

Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing antaranya pengeluaran air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Gol Oyarzabal julang Sepanyol | Harian Metro

Paris: Mikel Oyarzabal memanfaatkan kesilapan dilakukan kapten Switzerland, Granit Xhaka untuk mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Sepanyol pada saingan Liga Negara-Negara, hari ini. Berlangsung di Estadio Alfredo Di Stefano di Madrid, Oyarzabal yang juga penyerang Real Sociedad menjaringkan gol minit ke-14. Ia berpunca selepas Xhaka tergelincir ketika mahu menerima bola hantaran penjaga gol, Yann Sommer. Mikel Merino merampas bola itu untuk diberikan kepada Oyarzabal yang kemudian... Klik sini untuk baca […]

today11 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *