Susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia sejak awal Januari 2021, banyak kawasan terjejas dan dinaiki air sehingga memutuskan jalan utama.
Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew merupakan antara individu yang aktif menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama.
Terbaharu, pendakwah berkenaan telah memuat naik satu video menerusi laman Instagram miliknya memaparkan beliau mengangkat seorang warga emas dengan tujuan membantunya.
View this post on Instagram
“Sayu hati tadi masa dalam perjalanan ke Kampung Mambang Pahang ada bot tahan saya minta bantuan tanya bagaimana nak bawa keluarga ke hospital Kuantan. Sakit tua dan parkinson. Kena naik bot dan kereta. Sebab rumah air dah naik dan jalan semua dah berair,” tulisnya
Menurutnya, ramai yang berulang ke hospital dengan menaiki bot malah, kebanyakan klinik di sekitar Kampung Paloh Hinai Pahang turut ditenggelami air.
“Baik makcik ini. Sempat minta doa makcik ini buat saya. Macam dukung mak sendiri. Rindu arwah mak,”
Pada akhir kapsyen yang ditulis, Ustaz Ebit Lew turut sempat mendoakan agar semua dalam keadaan selamat.
Tinjauan pada komen yang ditinggalkan, ramai turut ikut sedih dan sebak sejurus menonton video berkenaan selain mendoakan kesejahteraan buat pendakwah itu.



Sumber video: Instagram Ustaz Ebit Lew
Post comments (0)