Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Sanggup Redah Banjir Untuk Melawat Kawasan, YDP Agong Memandu Sendiri Untuk Ke Destinasi

today5 January 2021

Background

Keadaan banjir yang  sedang melanda negara hangat diperkatakan setelah banjir teruk melanda beberapa negeri.

Selain ramai mangsa yang terpaksa dipindahkan, ramai juga yang terkandas kerana banyak jalan yang tidak dapat dilalui akibat ditenggelami air.

Pada 5 Januari 2021, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkongsi beberapa hantaran di Instagram baginda.

Baginda memberitahu tentang keberangkatan baginda bersama YDP Agong dan seorang puteranya ke Pahang untuk melawat kawasan banjir.

Terkesan dengan nasib rakyat, baginda memohon doa untuk keselamatan negara.

Selain itu, baginda berkongsi bahawa YDP Agong memandu sendiri untuk ke destinasi.

Dalam pada itu, baginda memberi nasihat kepada orang ramai:-

“Agong nasihat kepada semua rakyat Malaysia yang memandu , hati2 apabila meredah jalan yang di naiki air …. kerana arusnya juga laju.”

Semoga perjalanan baginda sekeluarga dipermudahkan dan terima kasih atas kecaknaan!

 

Baca artikel berkaitan: “Mata Pun Sama Warna!” – Raja Permaisuri Agong Akui Putera Ini Mirip Dengannya

Sumber: Instagram Raja Permaisuri Agong

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sukan

Djokovic, Nadal ketuai cabaran Piala ATP

Melbourne: Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic dan ranking kedua, Rafael Nadal akan mengetuai cabaran di Piala ATP yang dikurangkan penyertaannya kepada 12 pasukan susulan ancaman pandemik koronavirus. Kejohanan berlangsung di tiga bandar serata Australia -- Perth, Brisbane dan Sydney. Pada Januari tahun lalu, 24 negara bertanding dan dibahagikan kepada enam kumpulan. Pasukan Serbia diketuai Djokovic menewaskan Sepanyol yang diketuai Nadal untuk memenangi kejuaraan kali pertama... Klik sini untuk baca […]

today5 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *