Sebagai seorang yang berpengaruh, Tun Dr. Mahathir Mohamad pastinya mempunyai pengawal peribadi serta anggota polis iringan setiap kali beliau ke mana-mana.
Tetapi nampaknya pada 25 November ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menerima tabik daripada ‘pengiring’ yang tidak diundang.
View this post on Instagram
‘Pengiring’ yang dimaksudkan itu ialah seekor kucing yang tidak diketahui identitinya.
Kucing tersebut dengan selamba berdiri di antara anggota polis yang sedang memberi tabik hormat kepada Tun.
Lebih melucukan apabila Tun turut meletakkan caption yang memberi maksud sebenar ‘Attention‘ kepada ‘Cat-tention’.

Rata-rata netizen memuji kecomelan kucing tersebut yang gagah berdiri memberi tabik hormat walaupun dari jarak jauh.
Ada beberapa komen yang ditinggalkan memberitahu bahawa kucing tersebut merupakan kucing peliharaan Tun sendiri, patut la berdisiplin ya!
Post comments (0)