Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Terima Suntikan Pertama, Dr. Amalina Kongsi Fakta Tentang Vaksin COVID-19

today31 December 2020

Background

Tahun 2020 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi.

2021 yang akan menjelma diharap membawa sinar baharu buat semua orang yang bergelut dengan pandemik COVID-19 pada tahun 2020.

Pada 30 Disember 2020, pelajar SPM cemerlang Malaysia tahun 2004 yang kini seorang doktor di London, Dr. Amalina telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Menurut perkongsian itu, Dr. Amalina memberitahu bahawa beliau sudah mendapatkan suntikan pertama vaksin COVID-19.

Beliau menulis pada kapsyen:-

“Got my first Pfizer COVID vaccine dose today! Let’s all continue to follow the COVID guidance, the cases are rising, hospital admissions are increasing, hospitals are at breaking point! It’s not the time to be complacent. Hoping that next year will be a better year! ??”

Dr. Amalina turut berharap tahun 2021 akan menjadi tahun yang lebih baik, tambahan lagi vaksin COVID-19 sudah mula diedarkan ke banyak negara.

Sementara itu melalui perkongsian tersebut, beliau turut menyatakan beberapa fakta mengenai COVID-19:-

  1. Vaksin yang dihasilkan telah mengikut protokol keselamatan seperti biasa, termasuklah ujian klinikal fasa 1-3.
  2. Vaksin COVID-19 tidak akan membuat penerima vaksin dijangkiti virus tersebut.
  3. Mendapatkan vaksin boleh membantu mencegah jangkitan COVID-19.
  4. Mendapatkan vaksin mRNA tidak akan mengubah DNA si penerima.
  5. Mereka yang mempunyai COVID-19 masih boleh mendapat manfaat daripada suntikan vaksin.
  6. Wanita hamil atau ibu menyusu dibenarkan untuk mendapatkan vaksin, namun perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

 

Baca artikel berkaitan: “Makan Kicap Nanti Luka Berparut Hitam Adalah Mitos” —Dr Amalina

Sumber: Instagram Dr. Amalina

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Restoran Nasi Kandar Pelita Shah Alam Ditutup, Seorang Pekerja Disahkan Positif Covid-19

Penutupan bermula pada hari ini (semalam), 30 Disember 2020 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.Pihaknya telah melakukan terbaik dalam menjaga prosedur operasi standard (SOP) dengan mematuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Ini adalah kali pertama kami melalui situasi ini, kami akan terus memberi kerjasama kepada pihak KKM bagi mengekang pandemik ini."Kepada semua pelanggan, kami memohon maaf di atas kesulitan yang... Klik sini untuk baca […]

today31 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *