Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Tiba-Tiba Muka Isteri Bertukar Pucat, Alif Teega Hargai Wanita Yang Berjuang Melahirkan

today22 January 2021

Background

Selebriti media sosial, Alif Teega dikenali dengan penyampaian mesej dakwah berbentuk santai dan mudah difahami.

Pada 14 Januari 2021, isteri Alif iaitu Aisyah Hijanah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 3.23 kilogram.

Saat kelahiran itu pasti dinanti-nantikan kerana bayi tersebut adalah cahaya mata pertama mereka.

Namun dalam kegembiraan itu, Alif berkongsi kisah sebelum kelahiran bayi tersebut.

Beliau telah memuat naik satu video di Instagram miliknya pada 21 Januari 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

Melalui caption:- 

“Kami bersembang, siap buat lawak. Gelak tak henti. Bercerita kenangan2 bersama, tiba-tiba wajahnya berubah pucat. Lama kelamaan air mata bercucuran keluar. Saya yang tengok pun tak tahan. Saya tahu dia tengah tahan sakit. Tapi sepatah pun tak kata. Pura-pura senyum. MasyaAllah hebat!”

Menurut Alif, beliau dah isteri bersembang bersama sebelum Aisyah tiba-tiba merasa sakit kerana contraction untuk melahirkan.

Beliau memuji kekuatan isteri yang mampu bertahan dalam situasi itu.

Alif berkata, video yang dikongsikan bertujuan menghormati golongan wanita yang bergelar isteri dan ibu.

Beliau berharap golongan wanita ini tidak diabaikan.

“Sebab itu, video ini bukan semata2 untuk menghargai isteri. Tetapi lebih2 lagi mak kita. Jangan ambil mudah tentang dua insan ini. Ramai yang dah bernikah lupa tentang isteri paling teruk abaikan mak. seronok lepak dengan kawan. Dengan perniagaan, untung juta2 Padahal isteri banyak berkorban untuk suami. Korbankan masa rehatnya mengandung 9 bulan. Dan bertarung nyawa semasa bersalin. Itu pengorbanan paling besar.

Apahal muhasabah!”

Kita selalu mendengar kisah wanita melahirkan yang mengharungi sakit yang luar biasa.

Namun di saat bayi sudah selamat dilahirkan, sakit itu seakan beransur hilang dan digantikan dengan rasa gembira menatap wajah cahaya mata yang sebelumnya dikandung selama 9 bulan.

Semoga setiap orang dapat menghargai golongan wanita atas pengorbanan yang telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat.

 

Sumber: Instagram Alif Teega

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

[VIDEO] Lelaki Ini Prank Suap ‘Charger’ Ke Mulut Anak Sebab Leka Bermain Telefon

Berbanding semasa kita kecil dulu yang lebih suka bermain permainan tradisional, kanak-kanak sekarang sememangnya diajar dari mereka kecil menggunakan telefon sebagai medium untuk bermain game.Jadi, tidak hairanlah jika anda pernah ternampak kanak-kanak merengek di dalam shopping mall dan hanya boleh diam kalau ibu bapa mereka memberikan telefon.Namun, kadangkala fenomena ini menimbulkan kebimbangan buat ibu bapa kerana boleh menyebabkan anak-anak menjadi tidak hirau dengan keadaan... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today22 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *