Setiap hari main WhatsApp tapi masih tak tahu di sebalik tricks yang ada dan ada juga yang tak tahu yang WhatsApp sebenarnya ada ‘rahsia’ tersendiri.
Seperti yang semua tahu, WhatsApp ialah satu aplikasi yang popular dan digunakan oleh ramai orang di dunia. Tapi hakikatnya masih ada yang tak tahu rahsia yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Jom check out beberapa tricks lama yang mungkin anda sendiri tak tahu kegunaannya:-
UBAH FORMAT TEKS WHATSAPP
Maybe ada lagi di antara pengguna yang tak tahu bahawa kita boleh ubah font dekat WhatsApp dengan hanya memasukkan simbol yang tertentu sahaja. Font akan bertukar jadi lebih tebal, mengiring dan ada simbol pagar di bahagian tengah tulisan.
CONTOH
Bold: *LUNARIA*
Italic: _LUNARIA_
Strike Through: ~LUNARIA~
PIN CHAT PENTING
Trick ini jika anda seorang yang ‘kuat’ gunakan WhatsApp. Anda boleh pin chat penting dia atas sekali menerusi aplikasi itu. Antaranya ialah chat daripada keluarga atau sesiapa sahaja yang anda rasa penting. Lepas ini tak perlu nak scroll ke bawah atau search nama orang yang korang kerap anda mesej, terus ada dekat pin chat. Cara untuk korang pin chat ialah dengan slide chat orang tersebut ke kanan dan terus tekan ‘Pin’.
STARRED CHAT
Biasanya orang akan star chat yang penting di mana ia ayat penting daripada seseorang. Tak kisah sama ada ia merupakan ayat kata-kata semangat atau perkataan yang membuatkan anda rasa terkesan dalam hidup. Bila dah ada starred chat, lagi senang untuk anda nak throwback sikit apa-apa yang berkaitan.
STATUS WHATSAPP TERUS KE FACEBOOK
Anda mungkin tak perasan yang sebenarnya story dekat WhatsApp boleh dibawa masuk ke Facebook. Tapi ia hanya akan keluar kalau korang log in sekali Facebook melalui WhatsApp. Tak kisahlah ia video atau gambar apa yang anda post sekali pun, ia akan terus automatik upload.
JIMATKAN DATA
Kita kalau boleh bukan setakat nak jimatkan bateri tapi kalau boleh mestilah nak jimatkan data! Tak ada data, macam mana nak stalk crush betul tak? Apa yang anda boleh buat selain off data ialah tutup auto download. Auto download bertujuan untuk menjimatkan penggunaan data sebab anda tak perlu terus download gambar yang anda nak buka.
Selamat mencuba!
Post comments (0)