Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Tricks Ambil Gambar Gaya Influencer IG

today4 October 2020

Background

Wowww! Cantiknya semua gambar! Semua on point, posing pun gaya semua cantik, lighting meletop! Macam mana nak ambil gambar cantik macam bawah ni agaknya ya?

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Ada antara anda tertanya-tanya, macam mana agaknya cara nak dapatkan gambar Instaworthy nampak perfect bila dipandang? Tak perlu gunakan kamera mahal pun, pakai camera phone pun cantik juga hasilnya kalau kena dengan gaya. Jom kita tengok tips untuk ambil gambar gaya ala-ala influencer 200k followers!

LIGHTING ORIGINAL LAGI POWER!

Sumber gambar: Instagram @nr.ainaaaamzalan

Nampak macam cliche? Tapi sebenarnya lighting ialah main ‘ingredient’ untuk anda yang nak dapatkan gambar yang cantik! Lagi lawa kalau lighting semula jadi daripada matahari atau ambil gambar natural lighting di luar. Kalau ambil gambar, memang on point dan muka akan nampak sangat fresh.

SENYUM BIAR IKHLAS SIKIT

https://www.instagram.com/p/B7aggmHJSFy/

Tak perlu senyum lebar sangat, cukup bagi senyuman manis umpama senyum pada crush. Tak terlalu lebar, tak terlalu sikit.. kiranya yang sedang-sedang saja. Jangan buat-buat senyum tau! Tapi kalau masih tak reti lagi, try practice dekat depan cermin. Mesti nanti lama-lama jadiΒ pro. Tengok semua influencer yang ada, semua gambar mereka senyum sikit je. Kalau ada yang senyum besar tu pun mesti gambar candid.

AMBIL BANYAK-BANYAK

Sumber gambar: Instagram @nr.ainaaaamzalan

Siapa geng ambil gambar banyak-banyak angkat tangan sikit!Β Selagi tak puas hati, selagi itulah kena ambil gambar. Nanti bila dah settle, baru pilih mana gambar yang sesuai. Tapi jangan lupa delete pula, risau full memory phone.

ANGLE ITU PENTING SIS!

Sumber gambar: Instagram @nr.ainaaaamzalan

Bagi lighting banyak mana, gambar beribu sekali pun, senyum manis macam mana pun tapi kalau angle salah memang tak elok langsung gambar itu ya! Siapa je yang nak gambar dia nampak double chin? Cara nak elakkan nampak double chin ialah cover dengan tangan korang, confirm nampak runcing sis dagu! Make sure kalau nak selfie kena selarikan phone dengan mata, so that tak nampak double chin.. Then kalau selfie, jangan tengok dekat camera sangat, buat-buat macam tengok tempat lain. Let say kanan ialah your best side, so banyakkan side belah kanan dalam kamera.

See, bukan susah pun nak ambil gambar gaya influencer? Anda pun boleh jadi macam influencer juga lepas ini tau. Asalkan ada kesabaran yang tinggi dalam bergambar! Boleh refer mana-mana influencer yang anda berkenan dan semoga berjaya!

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Dollah kecewa aksi pemain gantian

Kuantan: Perasaan kecewa tidak dapat disembunyikan Dollah Salleh selepas Pahang terikat 3-3 ketika berdepan Perak di Stadium Darul Makmur, malam tadi. Pengendali Tok Gajah itu berkata, kekecewaan itu selepas skuad itu selesa mendahului Perak 3-0 sebelum lawan bangkit menyamakan kedudukan 3-3. "Bagi saya, punca keputusan seri lebih kepada kegagalan lima pemain gantian mengikut rentak permainan hingga Perak menjaringkan tiga gol. "Kita bermain baik pada separuh masa pertama tetapi sebaik... Klik […]

today4 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *