Usahawan berjaya Vivy Yusof bukan hanya hebat dalam urusan perniagaan, malah dalam hal berkaitan keluarganya juga.
Menjadi seorang isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata, bukanlah satu tugas yang mudah.
Ia memerlukan kesabaran yang tinggi serta kepintaran dalam mendidik mereka.
Pada 2 Januari 2021, Vivy telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.
Menurut kapsyen:-
“2021 Constitution has been signed. ? Any more rules Chairman of The House should add? #mommyischairman”
Hantaran itu menunjukkan beberapa peraturan yang ditulis pada papan putih.
Bagus cara yang ditunjukkan Vivy ini kerana ia dapat memupuk cara hidup yang berdisiplin dalam keluarga.
Tambahan lagi, jika berdisiplin diamalkan sejak kecil, ia dapat membentuk personaliti yang baik bila sudah besar nanti.
Perkongsian ini turut mendapat reaksi daripada pengikut laman Instagram beliau.
Nampaknya, ramai yang suka dengan cara Vivy ni.
Boleh la nanti korang buat di rumah sendiri.
Sumber: Instagram Vivy Yusof
Post comments (0)