Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Ustaz Ahmad Dusuki Kongsi Cara Minta Ampun Dengan Ibu Yang Sudah Meninggal Dunia

today4 November 2020

Background

Kata orang, rindu yang paling sakit adalah rindu kepada mereka yang telah tiada.

Pastinya ada antara kita yang pernah mengalami kerinduan seperti ini setelah kehilangan insan tersayang, terutamanya jika yang pergi itu adalah ibu bapa tercinta.

Ada yang merasakan mereka belum cukup berbakti dan mungkin ada yang berbuat salah kepada orang tua.

Pada 4 November 2020, pemilik akaun Twitter @sopheanorden telah berkongsi satu video dari akaun TikTok Ustaz Ahmad Dusuki menjelaskan ada caranya.

https://twitter.com/sopheanorden/status/1323860965281026049

Dalam video itu, soalan diberi:-

“Ustaz kalau kita byk buat dosa kt mak kita pastu mak kita dh meninggal dunia…adakah kita sebagai anaknya masih ada peluang utk minta ampun?”

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, seseorang masih berpeluang untuk mohon keampunan dengan syarat:

  1. Baca doa untuk dia.
  2. Bersedekah atas namanya.
  3. Pergi ziarah kuburnya.
  4. Sambungkan silaturrahim.

Semoga perkongsian ini dapat mengubat rasa rindu atau rasa bersalah yang pernah dilakukan kepada ibu mahupun bapa.

 

Sumber: TikTok Ustaz Ahmad Dusuki

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Written by: Azra Azuar


Previous post

sunway UM

Sosial

Yakin Universiti Beliau Lebih ‘Popular’, Graduan Ini Kecewa Terima Gaji Rendah Berbanding Lulusan IPTA

Sering kali kita diajar untuk tidak membandingkan tempat melanjutkan pelajaran sebaliknya apa yang dilakukan sewaktu belajar di universiti yang menentukan hala tuju seseorang dalam menempuh alam pekerjaan.Namun lain ceritanya pada kali ini apabila terdapat individu yang meluahkan kekecewaan beliau di Facebook Utar Confession selepas sekadar memperoleh gaji RM3,000 sebulan. #UC835同人不同命 朋友在UM 读account毕业出来薪水6k我sunway 毕业出来才3k只因为他是读UM,CGPA... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today4 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *