Nama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya ketika mengurus dan mengendalikan serangan wabak Covid-19 di negara ini.

Malah sehingga kini, beliau dan anak buahnya di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus bertungkus-lumus berkhidmat kepada pesakit yang didapati positif, di samping berusaha keras memutuskan rantaian penularan wabak itu.
Pada 26 Oktober 2020, akaun Twitter rasmi BoBoiBoy telah memuat naik satu ciapan penghargaan buat Tan Sri Dr. Noor Hisham kerana telah meluangkan masa merakam suara untuk pesanan khidmat masyarakat (PSA) buat rancangan animasi tersebut.
Terima kasih banyak², Tan Sri @DGHisham! Dikala sibuk dengan tugas demi negara, beliau sudi meluangkan masa untuk merekod suara demi PSA ini! TERBAIK!👍
➡️ https://t.co/2jor26xs1r#BoBoiBoy#Monsta #CAPP#MOH@KKMPutrajaya pic.twitter.com/B1oWHtWLFZ
— BoBoiBoy (@BoBoiBoy) October 26, 2020
Video berkenaan menunjukkan sesi rakaman untuk PSA itu dengan telatah beliau yang dilihat comel.
Diharapkan kerjasama antara beliau dah pihak animasi BoBoiBoy akan memberi kesan kepada masyarakat melalui peringatan yang berguna.

Penglibatan beliau dalam penghasilan PSA ini jelas sekali menunjukkan impak positif khidmat Dr Noor Hisham dalam mengetuai KKM dalam membendung wabak Covid-19.
Di kesempatan ini, Hot FM ingin mengucapkan terima kasih buat Tan Sri Dr. Noor Hisham dan para frontliners atas jasa yang disumbangkan kepada negara.
Ayuh kita sama-sama jalankan tugas sebagai rakyat Malaysia dengan mematuhi segala arahan pihak KKM!
Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof
Post comments (0)