Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

‘Ada Cara’, Buah Tangan Baharu Ismail Izzani Bukti Diri Sudah Makin Matang

today29 September 2020

Background

Kali terakhir penyanyi Ismail Izzani muncul dengan lagu baharu ialah sekitar pertengahan Mac yang lalu berjudul Nyawa dan kini Ismail sekali lagi bakal muncul dengan buah tangan baharu.

Pada 30 September ini, peminat Ismail Izzani berpeluang untuk menyaksikan video muzik  Ada Cara di Youtube World Peace Entertainment bermula jam 8 malam yang mana ia merupakan single baharunya untuk tahun ini.

Single berjudul Ada Cara ini merupakan hasil ciptaan Ismail bersama dengan Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat, manakala penulis lirik untuk lagu ini juga turut ditulis oleh Ismail sendiri, Mas Dewangga, Mohd Ariz dan juga Shaqiel Naufal.

Ketika ditemui sewaktu majlis sidang media untuk lagu tersebut bertempat di GMBB Event Hall, Jalan Robertson Kuala Lumpur pada 29 September, Ismail mengakui bahawa terdapat banyak kelainan di dalam single baharunya kali ini.

Antara kelainan yang dibawa ialah jalan cerita tentang lagu tersebut, iaitu mengisahkan tentang dugaan percintaan antara dua agama.

Keadaan tersepit, sama ada memilih cinta atau agama membuatkan banyak maksud tersirat disampaikan di dalam lagu ini.

Saya sangat puas hati dengan outcome lagu ni, saya nak tunjuk yang setiap tahun saya belajar banyak benda dalam setiap lagu. Saya pun masih lagi belajar banyak benda dan masih muda, sebab tu dalam lagu ni saya nak tunjuk yang saya dah semakin membesar.

Penyanyi berusia 20 tahun itu turut akui bahawa dia mahu membuktikan bahawa kini dirinya sudah dewasa berbanding saat pertama dia muncul di industri hiburan ketika baru berusia 16 tahun.

https://www.instagram.com/p/CFo6svijSA8/

Pada masa yang sama, banyak yang sudah dirancang untuk karier seninya cuma disebabkan pandemik Covid-19 ini, semuanya perlu ditangguhkan seketika.

Cuma apa yang pasti, Ismail memberitahu bahawa dia bakal mengeluarkan album baharu tidak lama lagi.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *