Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

G-Dragon Akan Membuat Kemunculan Semula Secara Solo

today2 November 2020

Background

Pada 2 November 2020, satu portal hiburan di Korea Selatan telah melaporkan bahawa ahli kumpulan BIGBANG iaitu G-Dragon sedang menyiapkan lagu untuk album solo terbaru.

Berdasarkan laporan itu, satu sumber dari pihak pengurusan YG Entertainment telah mengulas:-

“It is true that G-Dragon is working on new music.”

Untuk rekod, album solo G-Dragon yang terakhir adalah pada tahun 2017, manakala single terakhir yang dikeluarkan BIGBANG bertajuk “Flower Road” adalah pada 2018.

BIGBANG sepatutnya dijadualkan untuk memulakan kembali aktiviti kumpulan itu dengan Coachella pada April tahun ini. Namun perancangan itu tidak terlaksana akibat impak Covid-19.

Peminat G-Dragon pastinya teruja menantikan penampilan semula penyanyi ini!

 

Sumber:

allkpop

https://www.allkpop.com/article/2020/11/yg-entertainment-says-g-dragon-is-getting-ready-to-come-back

soompi

https://www.soompi.com/article/1435269wpp/bigbangs-g-dragon-reportedly-preparing-for-solo-comeback-yg-comments

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Written by: Azra Azuar


Previous post

collage

Sosial

Doktor Kena Tipu, Beli Lampu Aladdin Bernilai RM 430,000 Dengan Harapan Cepat Kaya

Seorang doktor di Meerut, Uttar Pradesh, India, ditipu oleh sekumpulan lelaki apabila dia bertindak membeli lampu Aladdin yang dikatakan mampu untuk mengeluarkan jin bagi mengaburkan segala permintaannya. Lampu Aladdin yang bernilai pada USD$200,000 (RM430,000) dengan wang pendahuluan sebanyak AS$41,600 (RM172,766) dibeli oleh doktor terbabit dari dua lelaki yang bernama Islamuddin dan Anees, dilaporkan bahawa mereka telah ditangkap oleh pihak berkuasa, lapor Astro Awani.

today2 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *