
Pada 2 November 2020, satu portal hiburan di Korea Selatan telah melaporkan bahawa ahli kumpulan BIGBANG iaitu G-Dragon sedang menyiapkan lagu untuk album solo terbaru.
Berdasarkan laporan itu, satu sumber dari pihak pengurusan YG Entertainment telah mengulas:-
“It is true that G-Dragon is working on new music.”
Untuk rekod, album solo G-Dragon yang terakhir adalah pada tahun 2017, manakala single terakhir yang dikeluarkan BIGBANG bertajuk “Flower Road” adalah pada 2018.
BIGBANG sepatutnya dijadualkan untuk memulakan kembali aktiviti kumpulan itu dengan Coachella pada April tahun ini. Namun perancangan itu tidak terlaksana akibat impak Covid-19.
Peminat G-Dragon pastinya teruja menantikan penampilan semula penyanyi ini!
Sumber:
allkpop
https://www.allkpop.com/article/2020/11/yg-entertainment-says-g-dragon-is-getting-ready-to-come-back
soompi
Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof