Dalam pada sibuk mengaturkan rancangan perkahwinan pada awal tahun 2021, penyanyi Ayda Jebat sempat menguruskan masanya untuk melancarkan video muzik single terbaharu berjudul Parah-Parah.
Lagu dan lirik hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ayda Jebat sendiri serta Ezra Kong dan MimiFly itu telah dilacarkan pada 12 Disember lalu menerusi laman YouTube.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji lagu baharu tersebut dengan mengetengahkan elemen hindi dan arab.
Malah ada yang beranggapan tarian lagu tersebut seakan-akan kumpulan wanita popular dari Korea iaitu BLACKPINK!



Apa-apa pun tahniah Ayda! atas pelancaran lagu baharu. Semoga dapat tembusi pasaran antarabangsa dan terus maju jaya..
Sumber daripada: YouTube Ayda Jebat
Post comments (0)