Selesai sudah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABHPB) Ke-33 pada 13 November lalu yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Tahniah diucapkan kepada penyanyi hebat Haqiem Rusli yang berjaya meraih trofi Bintang Paling Popular 2020 sekaligus memenangi sebuah kereta mewah.
Namun, apa yang menjadi persoalan ialah mengapa kumpulan Dolla tidak membuat persembahan dengan menyanyikan lagu mereka sendiri dan mengapa perlu memilih untuk membawa lagu kumpulan BLACKPINKÂ berjudul Love Sick Girl walaupun sebelum ini mereka sering dikaitkan dengan kumpulan dari Korea Selatan itu.
Rata-rata netizen berasa kecewa kerana kumpulan Dolla yang tidak menyampaikan lagu baharu mereka berjudul Watch Me Glow kerana lagu berkenaan agak terkenal jika dibandingkan dengan sampaikan lagu orang lain.
Selepas persembahan semalam lebih ramai netizen mengatakan mereka seakan-akan seperti meniru kumpulan BLACKPINK sendiri.

Dalam masa yang sama, iDolla iaitu kelab peminat Dolla tetap terus menyokong mereka walaupun terus dikecam hebat oleh netizen.
Harap-harap lepas ni Dolla boleh la perform lagu mereka sendiri sebab lagu mereka pun tidak kurang hebatnya.
Post comments (0)