Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Ada Tabiat Gigit Bibir, Nad Zainal Pernah Benci Dengar Suara Sendiri

today19 February 2021

Background

Bukan mudah untuk memastikan lakonan seseorang pelakon itu menjadi 100%.

Namun setidak-tidaknya, mutu lakonan sepatutnya semakin baik dan membaik setelah melalui banyak pengalaman.

Pada 19 Februari 2021, pelakon Nad Zainal telah memuat naik satu hantaran berkaitan perkara itu.

Menurut caption:-

“bang nak tengok balik boleh?”

entahlah, I jenis suka tengok playback kalau on set.. ada scene-scene tertentu , yang heavy i memang akan tengok..

dulu Nanad benci! malu.. dengar suara sendiri pun benci.

tapi sekarang Nanad akan tengok… dan tonton semula drama sendiri, so bila tau flaws , kita akan lebih aware next time, contoh.. Nanad ada habit gigit bibir.. jadi kena remindkan diri sendiri.. tiap kali masuk set..

tapi tak lah semua scene minta playback.. kau ingat orang kat set tak ada kerja lain ke?

Katanya, terdapat babak yang membuatkan Nad lebih terpanggil untuk memeriksa semula lakonannya jika ia telah dilakonkan dengan baik atau tidak.

Sementara itu beliau mengakui bahawa dirinya pernah benci apabila mendengar suara sendiri.

Namun kini Nad tidak kisah untuk menonton lakonannya semula malah ia dirasakan perlu untuk proses penambahbaikan pada masa akan datang.

Turut sedar bahawa dirinya mempunyai tabiat menggigit bibir, Nad sentiasa mengingatkan diri beliau supaya mengelakkan perbuatan itu ketika sedang berlakon.

Dalam pada itu, perkongsian beliau mendapat respon peminat di ruangan komen.

Hmm bagus tindakan Nad ini, beliau mengambil berat dengan mutu kerja beliau.

Ini bermakna Nad bukanlah seorang yang lepas tangan.

 

Baca artikel berkaitan: Lepas Berjaya Bawa Watak Isteri Teraniaya, Nad Zainal Bakal Jadi Wanita ‘Berjiwa Songsang’

Sumber: Instagram Nad Zainal

Written by: Hasanah Yusof


Previous post