Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Adibah Noor Mahu Client ‘Buka Mata’ Pengalaman, Kemahiran Dan Masa Berbaloi Dengan Bayaran Tinggi

today13 November 2020

Background

“If i do a job in 30 minutes it’s because i spent 10 years learning how to do that in 30 minutes. You owe me for the years, not the minutes”

Trend meminta bayaran kurang ataupun diskaun bukanlah sesuatu yang asing di dalam semua industri perniagaan.

Terbaru, ada seorang individu di Twitter memuat naik satu kisah mengenai seorang Jurutera Mekanik berpengalaman mengenakan bayaran tinggi selepas berjaya membaiki kapal gergasi yang sudah rosak bertahun lamanya.

Akan tetapi, pemilik kapal berkenaan mempersoalkan bayaran tinggi yang dikenakan oleh Jurutera Mekanik itu.

Melihat di thread berkenaan, individu ini meminta pembaca untuk menghargai kepakaran dan pengalaman seseorang kerana pengalaman itu terhasil daripada perjuangan, eksperimen, titik peluh dan juga air mata mereka.

Turut tidak ketinggalan, selebriti terkenal Adibah Noor mengulang ciapan tersebut dan turut berkongsi kisahnya yang pernah mengalami situasi sama seperti yang diceritakan indvidu berkenaan.

“Good read. Same energy bila client cakap.. alah emcee tak sampai 2 jam pun, or nyanyi 2 lagu jer.. audience ada 40 org je. Gaji kita selain utk kemahiran adalah juga utk masa yg digunakan utk laksanakan kerja tu. Anyway, this story below applies to us all, tenaga mahir” – tulis Adibah Noor

Dalam pada itu, ramai yang menyokong kata-kata selebriti berkenaan dan turut berkongsi kisah mereka.

Marilah sama-sama kita bantu satu sama lain dan hargai kepakaran dan juga pengalaman seseorang.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

[VIDEO] “Jangan Lemah” – Baru Lepas Putus Cinta, Lelaki Ini Pujuk Dengan Cara Tampar Muka

Selain ahli keluarga, ada kalanya rakanlah yang menjadi peneman dan semangat agar kita tidak terus bersedih.Begitulah dengan kisah ini apabila ia video yang dikongsikan oleh seorang individu di laman sosial TikTok menjadi viral.Menerusi video tersebut terlihat seorang lelaki sedang menangis teresak-esak kerana hubungan cintanya sudah berakhir.Melihat keadaannya yang begitu hampa dan sedih, rakannya mula memberikan kata-kata semangat sebelum menampar sedikit di bahagian pipi rakannya... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today13 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *