Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Aeril Zafrel Positif COVID-19

today21 January 2021

Background

Dengan peningkatan kes harian COVID-19 sebanyak empat angka beberapa bulan ini, ramai selebriti turut berkongsi berita mereka disahkan positif virus itu.

Terbaharu, pelakon popular Aeril Zafrel mengesahkan dirinya positif COVID-19 melalui satu hantaran di Instagram pada 21 Januari 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Aeril menulis pada caption:-

“assalamualaikum semua ..
malam tadi aku mendapat perkabaran aku positive covid19..

hari isnin..
aku pergi ke rumah p.a/manager aku sebab dia demam.
so aku ke sana sebab kebiasaan nya aku yg akan jaga dia kalau dia sakit teruk sebelum ni..

jadi sebab hari pun da lewat so aku decide untuk tidur sana ..

selasa.. esok nya aku angkut dia pegi clinic dan ambil swab test PCR sekali dgn aku..

lepas tu aku jumpa staff utk briefing launching virtual online product hujung bulan ni.. dan aku balik rumah terus ..

rabu..
result keluar dan aku & manager positive ☹️☹️”

Dalam pada itu, Aeril juga memanggil pihak perubatan untuk melakukan ujian calitan ke atas ahli keluarga dan pekerjanya.

“immediately aku panggil @kumpulan_megaklinik_zahran utk swab test family dan staff aku sebab ada jumpa dorang..
swab test RTK kesemua mereka negative dan masih menanti result PCR pulak .. doakan negative juga..

sekarang aku self quarantine dekat bilik atas .. nak isi masa 10hari ni dgn mcm2 aktiviti kat bilik?? doakan guys. Now manger aku tu dah recover then tak demam lagi. Tapi tetap self quarantine “

Semoga Aeril Zafrel dan pengurusnya cepat sembuh, juga berharap agar ujian calitan yang dibuat untuk keluarga dan pekerja memberi keputusan negatif.

 

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

[VIDEO] Gara-Gara Malu 3 Orang Pakai Baju Sama, Gadis Ini Kelam Kabut Buka Baju Di Kafe

Tambahan lagi, rata-rata penjual di Shopee dan Lazada pula akan menjual baju yang sama terutamanya jika semasa itu design baju tersebut tengah trending dan menjadi fesyen ikutan terkini.Namun, pastinya kita akan merasa malu jika terjumpa orang yang pakai baju sama seperti kita di sesebuah tempat. Bagi orang lelaki, mungkin ini bukan masalah besar tetapi orang perempuan agak sensitif apabila 'terkantoi' beli baju sama dengan orang lain.Sama juga seperti gadis ini apabila videonya... […]

today21 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *