Setiap ujian yang dihadapi pastinya mempunyai hikmah yang tersendiri.
Nama pelakon dan selebriti media sosial, Harris Annuar disebut-sebut setelah beliau dikhabarkan positif COVID-19.
Dalam bertarung dengan virus tersebut, Harris telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya pada 9 Januari 2021.
View this post on Instagram
Melalui perkongsian tersebut, Harris telah berkongsi satu doa yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
Beliau menulis pada ruangan caption doa tersebut:-
“Allahumma inni audzubika min ‘adzabi jahannam wa min adzabil qabri wa min fitnatil mahya wal mamati, wa min syarri fitnatil masihid dajjal.”
Menurut Harris, doa itu adalah memohon untuk mengelakkan fitnah akhir zaman.
Katanya, ia boleh dibaca selepas bacaan tahiyat akhir yang juga sebelum memberi salam.
Harris turut mengajak semua untuk mula mengamalkan doa tersebut.
Perkongsiannya telah mendapat penghargaan daripada netizen yang rata-ratanya mengucapkan terima kasih di ruangan komen.

Semoga Harris terus kuat dalam berjuang melawan COVID-19.
Baca artikel berkaitan: Kecewa Anak Dikecam Positif Covid-19, Kak Ton Bagi Kata Semangat Pada Harris Annuar
Sumber: Instagram Harris Annuar
Post comments (0)