Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Akhirnya Bertemu, Aliff Aziz Kini Bersatu Semula Bersama Keluarga

today21 December 2020

Background

Setelah hampir setahun tidak bertemu, akhirnya pasangan suami isteri yang pernah dilanda kontroversi rumah tangga sebelum ini dapat bertemu juga.

Aliff Aziz sebelum ini ‘terkandas’ di negara kelahirannya iaitu di Singapura akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada awal tahun 2020 lalu.

Pada 21 Disember, Aliff telah dapat kembali ke pangkuan isterinya iaitu Bella Astillah dan kedua-dua cahaya matanya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Pelakon berusia 29 tahun itu ada kongsikan satu video boomerang memperlihatkan Bella sedang memandu kereta, kemungkinan baru sahaja menjemputnya dari lapangan terbang.

Dalam masa yang sama, Bella turut memuat naik satu video pendek di Instagram story miliknya, menunjukkan Aliff sedang menikmati makanan di rumah sebagai tanda menyambut kepulangannya.

Tak sabar rasanya nak tunggu video dan foto terbaharu mereka sekeluarga.

Sumber foto: Instagram Aliff Aziz dan Bella Astillah

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Ini 7 ‘Video Games’ Hasil Buatan Malaysia Yang Mungkin Anda Tak Tahu. Wow Hebatnya!

Ejen Ali terkenal daripada siri animasi tempatan yang menjadi kegemaran ramai. Kini, ia hadir pula dengan sebuah permainan video untuk penggemar siri ini.Dalam permainan aksi dengan pandangan atas bawah (isometric) dibangunkan oleh Common Extract, anda akan bermain sebagai Ejen Ali dengan menggunakan kaca mata berteknologi tinggi IRIS dan yoyo untuk menyelinap masuk kawasan fasiliti MATA.Anda akan melalui perbezaan mengikut kesusahan musuh dan keteguhan sistem keselamatan MATA. Bukan... Klik sini untuk […]

today21 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *