Tidak dapat dinafikan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semenjak tahun 2020 lalu, rata-rata rakyat Malaysia dan seluruh dunia turut terjejas dengan perkara tersebut.
Malah pada tahun 2021, Malaysia sekali lagi memulakan tahun baharu dengan PKP 2.0 yang dilaksanakan semula semenjak 13 Januari lalu.
Kini, sekali lagi PKP diseluruh Malaysia disambung sehingga membuatkan pelawak Achey Bocey sekeluarga sudah pandai bermain alat muzik bersama-sama.

Achey ada kongsikan satu video pendek menunjukkan dirinya bersama isteri dan anak angkatnya bermain beberapa alat muzik seperti ‘kerincing’, ‘drum’ dan juga ‘marakas’.
Namun hakikatnya alat muzik yang mereka gunakan itu bukan lah alat yang sebenar, ia hanya mainan anak Achey sahaja.
View this post on Instagram
Untuk pengetahuan, Achey dan isterinya iaitu Nor Hasanah Yahaya telah mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Tiara Zinnirah.
Rata-rata mereka yang menonton video tersebut berasa terhibur dengan keletah mereka anak beranak.

Rasanya kalau lama lagi PKP ni, risau pula semua orang dapat cungkil bakat terpendam masing-masing.
Sumber foto dan video: Instagram Achey Kintangkintung
Post comments (0)