Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Aksi Kaki Anzalna Nasir ‘Digilis Kereta’ Kembali Mengundang Tawa Netizen

today7 January 2021

Background

Adik-beradik pelakon Anzalna Nasir kelihatan sangat akrab berdasarkan perkongsian mereka di laman sosial.

Pada tahun 2018, sebuah video mengenai gelagat mereka ketika menyambut satu sambutan hari jadi telah menghiburkan netizen.

Pada 7 Januari 2021, kakak kepada Anzalna iaitu Diana Nasir telah memuat naik kembali video lucu tersebut untuk tatapan pengikut di Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lady D (@diananasir86)

Menurut Diana, kejadian itu berlaku ketika majlis sambutan ulangtahun kelahiran anak kembarnya.

Video tersebut menunjukkan empat adik-beradik perempuan itu sedang dirakam aksi mereka.

Namun secara tiba-tiba, sebuah kereta mainan daripada belakang telah hilang kawalan dan bergerak menuju ke arah mereka.

Mereka yang terkejut cepat-cepat melarikan diri, bagaimanapun Anzalna yang terjatuh telah ‘digilis’ kakinya dengan kereta tersebut.

Aksi mereka kelihatan sangat lucu dengan kedengaran tawa sepanjang video tersebut direkodkan.

Dalam pada itu, para netizen turut mengatakan bahawa mereka tetap terhibur walaupun ia adalah video yang sudah pernah ditonton.

 

Sumber: Instagram Diana Nasir

Written by: Hasanah Yusof

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *