Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Aksi Nadia Brian Berdamping Dengan Ular Ini Dilihat Sangat Berani

today12 January 2021

Background

Pelakon cantik Nadia Brian banyak kali menghiasi kaca televisyen dengan lakonan yang menjadi.

Selain itu, beliau juga menonjolkan bakat apabila turut terlibat dengan penggambaran filem.

Antara yang menarik perhatian adalah lakonan beliau dalam filem Ratu Kala Jengking.

Pada 11 Januari 2021, Nadia telah berkongsi satu hantaran di Instagram miliknya yang menunjukkan beberapa sedutan video ketika penggambaran filem tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian)

Nadia menulis pada ruangan caption:-

“Lepas tengok @majalah_3 tadi mengenai ular sawa batik. Terus mengimbau balik pengalaman yang Nadia tak kan lupa. To be honest, memang ular ni makhluk yang sangat istimewa dan ajaib❤️?”

Video yang dikongsikannya mempamerkan aksi Nadia berdamping bersama seekor ular sawa batik.

Namun beliau dilihat cukup berani kerana boleh memainkan wataknya dengan baik walaupun ular dikira sebagai haiwan yang digeruni.

Sementara itu di ruangan komen, ramai yang memuji keberanian Nadia ini.

Hebat la Nadia kerana berani menyahut cabaran dengan adegan yang memerlukannya untuk mesra dengan haiwan.

 

Baca artikel berkaitan: “Gelaran Janda Bukan Status Yang Boleh Dibanggakan”- Nadia Brian Mahu Move On, Belajar Dari Kesilapan

Sumber: Instagram Nadia Brian

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

BeFunky-collage-44

Sosial

Curi Duit Bernilai RM53 Juta Dan Padam Rakaman CCTV, Wanita Warga Malaysia Diburu Polis Korea Selatan

Sebuah kasino, Landing Casino yang terletak di Jeju mengalami kerugian apabila wang berjumlah 14.56 bilion won (RM53.7 juta) telah hilang secara misteri. Kini, pihak polis Korea Selatan sedang memburu seorang wanita warga Malaysia berhubung insiden tersebut. Menurut laporan, wanita tersebut merupakan salah seorang kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan dana dari premis berkenaan. Malah, rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) ketika kejadian berlaku telah dipadam.

today12 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *