Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Aku Bagi Warning!!!”- Datuk Aaron Aziz Berang Dengan Artikel ‘Palsu’ Fitnah Diri Dan Isteri

today22 October 2020

Background

Terbaharu, pelakon terkenal iaitu Datuk Aaron Aziz berang dengan sebuah portal ataupun blog yang memuat naik artikel berunsurkan fitnah tentang diri dan isterinya.

“Nak bagitahu berita steady ni korang nak buat tajuk pasal diri dan keluarga saya, jangan buat yang berunsurkan fitnah.”

Tidak mahu disalah anggap oleh mana-mana pihak tentang dakwaan itu, Datuk Aaron memberi amaran keras dan nekad melakukan laporan polis sekiranya artikel berkenaan tidak diturunkan dalam masa tiga jam.

“Jangan nak buat kelakar untuk buat orang baca blog bo***. Saya bagi amaran dan masa tiga jam, kalau tak turunkan saya buat laporan polis. Tengok la apa jadi” katanya.

“Aku bagi warning!!!” tulisnya

TANGKAP layar hantaran blogger yang menggunakan tajuk mengaibkan dalam artikelnya. FOTO Facebook

Setelah beberapa jam artikel dengan tajuk ‘panas’ itu dimuat naik, akhirnya portal berkenaan menurunkan artikel tersebut.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Datuk Aaron berkata, sebagai seorang yang profesional dan rasional, sudah tentu dia tidak mahu memanjangkan cerita. Akan tetapi, jika perkara itu dibiarkan, ia pasti akan berlarutan.

Tampil memuat naik satu video terbaru, Datuk Aaron memberi nasihat kepada semua portal dan blog untuk tidak menulis tajuk artikel yang boleh menimbulkan salah faham banyak pihak.

https://www.instagram.com/p/CGogRopBwP2/

“Lain kali, jangan nak buat blog-blog bodoh, tajuk-tajuk bodoh yang mendatangkan fitnah. Memulakan sesuatu dengan cara yang salah, cara yang mengaibkan orang,” katanya.

Datuk Aaron juga berharap pihak portal berkenaan mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

Chacha Maembong buat laporan polis

Isu & Kontroversi Sebelum ini, pelakon, Chacha Maembong menafikan dakwaan beliau dikaitkan dengan sindiket Macau Scam dan terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan sehingga mendapat bayaran puluhan ribu ringgit. Artikel berkaitan: ‘Kalau Betul Dapat RM40k Satu Malam, Buat Apa Berlakon Lagi?’ Terbaru, Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail, membuat laporan polis terhadap individu yang menyebarkan fitnah dengan mendakwa dirinya terlibat dalam dua kegiatan tersebut. Pada... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *