Suami kepada pelakon Nadia Brian, Muizz Nasruddin tampil menepis kenyataan isterinya yang ingin mendedahkan kerenahnya kepada umum.
Menerusi satu muat naik yang dikemas kini dalam ruangan Insta Story miliknya baru-baru ini, Muizz yang juga ahli politik menyatakan selama ini beliau tidak mendedahkan masalah rumah tangga yang dialami mereka kepada umum.
Menurut Muizz, sepanjang perkahwinan mereka yang tidak sampai setahun itu, beliau telah menunaikan segala tuntutan nafkah mengikut kemampuannya.
Jelasnya lagi, beliau tidak pernah mengejar glamor sepanjang hidupnya.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan tersebut hangat diperkatakan sejak Oktober lalu.
Lebih mencetuskan tanda tanya, Muizz turut mendedahkan Nadia berlaku curang terhadapnya bersama dua lelaki lain.
Apa-apa pun, sama ada benar atau tidak semoga semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang baik..
Sumber foto: Instagram Muizz Nasruddin
Post comments (0)