Menjadi seorang selebriti bukan lah satu perkara mudah apabila mereka perlu memenuhi setiap tawaran yang diberikan, sehingga membuatkan mereka sendiri tidak mampu untuk menangani kepenatan yang melanda diri.
Pelakon Janna Nick telah kongsikan satu video yang menyentuh hati memberitahu luahannya berkenaan kesibukan yang perlu dihadapi olehnya sepanjang tahun 2021 ini.
View this post on Instagram
Menurut Janna, beliau kini tidak dapat rehat yang secukupnya sehingga membuatkan pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu sentiasa rasa letih.
” I don’t like to be seen as a weak person. I don’t like people knowing that I’m not strong. I want to be able to walk as a normal person, I want to be alone and no one can simply come and approach me.”
Mungkin Janna kini sudah berada pada tahap yang sangat letih sehingga membuatkan beliau sudah tidak mampu untuk mengawal emosi dirinya.
Disebabkan posting tersebut, ramai pengikutnya serta rakan selebriti turut memberikan kata-kata semangat buatnya.

Mereka turut menasihati Janna berehat seketika bagi memberi ruang kepada diri dan badannya sendiri daripada terus bekerja tanpa henti.
Semoga Janna baik-baik sahaja dan diharapkan beliau dapat bertahan dengan jadual kerja yang padat itu.
Sumber foto dan video: Instagram Janna Nick