Berbeza ketinggian adalah perkara biasa kerana setiap orang dilahirkan dengan genetik yang berbeza.
Namun untuk melakonkan babak dalam sesuatu lakonan, perbezaan ketinggian yang ketara ada waktunya memerlukan seseorang pelakon itu mengubah posisi kedudukan, atau perlu menggunakan bantuan untuk kelihatan lebih tinggi.
Pada 10 April 2021, pelakon Hisyam Hamid telah memuat naik satu hantaran di Instagramnya.
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan: “Tak Sanggup Tengok!” Kongsi Video Kena Pukul, Ramai Kesian Tengok Ruhainies ‘Menderita’
Melalui caption pada hantaran tersebut:-
“Antara cabaran yg kami hadapi di set penggambaran #CukupDeritaItu ?
@ruhainies7“
Video itu menunjukkan Ruhanies terpaksa berdiri di atas satu bongkah untuk mengurangkan jurang perbezaan ketinggiannya dengan Hisyam.
Perkara sama juga sebenarnya berlaku kepada beberapa pelakon lain sebelum ini.
Sementara itu, Ruhainies turut meninggalkan kata-kata pada ruangan komen hantaran tersebut.
Para peminat juga menulis pendapat mereka.
Nampak comel je kan, seorang tinggi dan seorang rendah.
Sumber: Instagram Hisyam Hamid