Spekulasi tentang Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru-baru ini dikatakan sedang mengandung hangat diperkatakan sejak awal Oktober lalu akhirnya terjawab apabila pada 12 Disember, Siti atau mesra disapa Tok Ti mengesahkan bahawa dirinya kini hamil anak kedua.
Menurut sebuah portal hiburan online, Tok Ti mengakui beliau berbesar hati sekiranya memperoleh anak sepasang, namun, beliau sentiasa bersyukur dalam menerima apa sahaja jantina bayi itu nanti.
Turut bersama suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa menerusi satu program siaran langsung, Datuk K turut mendedahkan nama anak keduanya akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya dengan huruf A.
View this post on Instagram
“Semua anak lelaki bermula dengan Muhammad dan nama seterusnya bermula dengan huruf A. Apa-apa pun saya bersyukur dengan anugerah terindah ini,” katanya.
Apa-apa pun, tahniah Tok Ti dan Datuk K! Hot FM mendoakan agar segala urusan bersalin nant dipermudahkan..
Sumber daripada: Instagram CTDK
Post comments (0)