Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Alif Satar Mohon Maaf, Umum Dirinya Positif Covid-19

today22 November 2020

Background

Pada 22 November 2020, penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar telah umumkan dirinya positif Covid-19 melalui Instagram.

Berdasarkan caption:-

“assalamualaikum.. dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan. Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif. Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari.. dan alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… p/s alif sekarang menjalani proses kuarintin.”

Alif turut memohon maaf atas perkhabaran tersebut dan memohon doa agar semua terhindar daripada perkara yang memudaratkan.

Sama-sama kita doakan supaya Alif Satar cepat sembuh dari Covid-19.

 

Sumber: Instagram Alif Satar

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Masih Bertugas Sebelum Nikah, Pasangan Polis Ini Pilih Pakai ‘Uniform’ Ketika Diijab Kabul

"Sebenarnya tarikh ini dipilih dan ditetapkan oleh kedua-dua pihak, malah tempahan seperti pakaian, pelamin dan sebagainya sudah dibuat."Disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara, semua tempahan terpaksa dibatalkan tetapi majlis pernikahan kami dijalankan mengikut perancangan awal."Walaupun majlis berlangsung ringkas dan masing-masing dalam tugasan, namun kami tetap gembira dan teruja," katanya.Nur Edayu yang bertugas di Bahagian Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam dan suaminya... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *