Bukan mudah untuk menjaga haiwan belaan, betul tak?
Namun usaha usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri ini wajar dipuji dalam membela ikan-ikan di kolam rumahnya.
Mana tidaknya, ikan-ikan miliknya membesar dengan sihat dan besar-besar pula saiznya.
Perkara itu dikongsikan melalui satu video di Instagram beliau pada 9 Februari 2021.
View this post on Instagram
Malalui caption:-Â
“Pancing Ikan sebesar paha kaki??
Kenapa?? Nak makan ikan ni tak sampai hati..kalau nak masak ikan ni masak apa sedapp??Hari ni sy dapat meluangkan masa bersama wife dan anak anak abang. Setelah sekian bz bekerja. Dan tak sangka hasil belaan ikan saya sangat besar ? Terkejut @yusoffalqardawii_terlajaklaris tengok”
Beliau juga sebenarnya tidak menyangka saiz ikan belaannya boleh menjadi sebesar itu.
Dah la banyak, senang nanti kalau beliau nak makan, ambil sahaja daripada kolam tersebut.
Dalam pada itu, aksi anak lelaki beliau yang bernama Yusof Al Qardawi turut menarik perhatian apabila dia kelihatan sangat berani untuk memegang ikan-ikan tersebut.
Keterujaan yang ditunjukkan Yusoff itu diperhatikan netizen yang menulis pada ruangan komen.

Baca artikel berkaitan: Aliff Syukri Cat Sendiri Lantai Untuk Jimat, Tapi Bonda Rozita Pula Komen Tak Lawa
Sumber: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri
Post comments (0)