Nampaknya masih ramai yang belum boleh move on dengan drama Cinta Sekali Lagi yang sudahpun melabuhkan tirainya pada Disember 2020.
Memaparkan pengakhiran yang bahagia buat pelakon Saharul Ridzwan dan Nelydia Senrose, netizen bagaimanapun masih belum berhenti bercakap mengenai watak yang dibawa oleh Hannah Delisha.
Walaupun Hannah menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah memuat naik sekeping gambar baharu untuk mempromosikan aktiviti hariannya, netizen masih lagi memanggilnya dengan nama watak antagonis yang dibawa iaitu Amani.

Namun, ada juga yang gemar melihat penampilan terbaharu pelakon itu selepas beliau secara rasmi mengenakan hijab kira-kira beberapa bulan lalu.
Dalam perkembangan lain, Hannah Delisha baru sahaja tampil dengan single terbaharu berjudul Terlalu Mudah.
Lagu hasil ciptaan Faizal Tahir, Mage dan Mike Chan itu telah berjaya meraih lebih 30,000 tontonan sejak ia dilancarkan pada 22 Januari lalu.
Sumber foto: Instagram Hannah Delisha
Post comments (0)