Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Ambil Masa Dua Bulan Siapkan Majlis Pernikahan, Fendy Bakry Kongsi Kisah Perkenalan

today30 September 2020

Background

Siapa sangka dalam diam pelakon kacak Fendy Bakry kini sudah mendirikan rumah tangga pada 30 Ogos yang lalu bersama dengan gadis pilihan hatinya.

Niatnya bukan la untuk merahsiakan perkahwinan itu kerana pada awalnya dia tidak menunjukkan wajah si isteri, tetapi selepas sebulan kini Fendy secara terbuka mendedahkan identiti isterinya kepada umum.

Pada masa yang sama, disebabkan virus Covid-19 ini, dia mengambil keputusan untuk melakukan majlis pernikahan secara tertutup sahaja kerana memikirkan soal keselamatan semua orang.

Menurut temubualnya bersama dengan sebuah portal hiburan tempatan pada 27 September lalu memberitahu bahawa dia berasa bersyukur kerana isterinya, Ayu Afnizar sangat memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon yang sibuk.

“Tak ada istilah bercinta atau keluar makan dan tengok wayang, hanya kawan biasa.”

“Kami pun jarang berhubung, sebulan tu mungkin sekali. Jadi saya tanya pada dia ‘kau nak kahwin tak dengan aku?'”

Woww, garang betul ya, ni nak ajak kahwin ke ajak bergaduh? Haha!

Bibit percintaan mereka berdua mula terjalin ketika masing-masing menyertai sebuah karnival teater di Kedah.

Sebagai persiapan ke alam perkahwinan, Fendy dan Ayu hanya mengambil masa selama dua bulan sahaja bagi mendahulukan perkara wajib iaitu majlis pernikahan.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *