Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Ameera Khan Muat Naik Foto Kek Putus Cinta, Tapi Tuju Pada Siapa?

today13 January 2021

Background

Selebriti media sosial, Ameera Khan yang merupakan adik kepada pengacara terkenal, Noor Neelofa nampaknya telah memuat naik satu foto yang menimbulkan tanda tanya.

Foto yang dikongsikan oleh Ameera pada 12 Januari lalu menunjukkan sebiji kek yang bertulis ‘Congrats On Your Breakup’.

Ketika menjengah di rungan komen, rata-rata teman rapat Ameera berasa terhibur dengan tulisan di atas kek tersebut dan turut tidak terfikir untuk meraikan kejayaan selepas putus cinta.

Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah milik siapakah kek tersebut, kepada siapakah ayat itu ditujukan dan adakah Ameera baru lepas putus cinta?

Dalam masa yang sama, Ameera turut memuat naik satu Instagram story yang tertulis ayat ‘free of toxic men 2021

Mungkin ada maksud lain di sebalik mini celebration party tersebut?

Seperti biasa, Ameera hanya membiarkan netizen berteka teki dan tidak mengulas panjang mengenai tujuan tulisan pada kek tersebut.

Kita boleh sahaja menganggap bahawa sebagai seorang wanita berkerjaya yang bergelar selebriti media sosial, model terkenal dan usahawa muda, semestinya Ameera perlu menjadi wanita kuat yang tidak mengharapkan lelaki untuk bergantung hidup.

Sumber foto: Instagram Ameera Khan

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage – 2021-01-13T132249.892

Sosial

Terkena Tempias Isu Twitter MCMC, Syed Saddiq Jadi ‘Meme’ Di Media Sosial

Sejak malam semalam, kecoh di media sosial mengenai ciapan-ciapan lama oleh akaun Twitter milik Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia yang sedikit meragukan dan melucukan. Bagaimanapun, tatkala orang ramai sibuk membicarakan siapa benar dan siapa salah dalam isu berkenaan, nama bekas menteri Syed Saddiq Abdul Rahman pula yang menjadi perhatian pagi ini. Ia susulan satu meme yang dihasilkan dan digabungkan daripada salah satu ciapan oleh akaun... Klik sini untuk baca artikel […]

today13 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *