Imbas untuk muat turun aplikasi

Uncategorized

Amira Othman Jatuh Sakit, Terlantar Di Hospital

today7 December 2020

Background

Baru-baru ini, penyanyi Amira Othman memaklumkan dirinya kini terlantar di sebuah pusat perubatan menerusi laman Instagram Story miliknya pada 6 Disember 2020.

Menurut penyanyi yang berusia 27 tahun itu, beliau dimasukkan ke hospital kerana terlebih melakukan senaman yang mengakibatkan ototnya terkoyak.

Lebih mengerikan lagi, ia turut menjejaskan buah pinggang dan hatinya.

“Moga menjadi pengajaran buat kita semua,” tulisnya

Bukan itu sahaja, keadaannya yang ketika ini terlantar menyebabkan penyanyi yang popular menerusi lagu Hati-Hati itu sukar untuk menunaikan solat.

Bagaimanapun, dengan bantuan adiknya Nurin Kamilia yang kelihatan menolong Amira memakaikannya telekung, Amira mampu menunaikan solat ketika sakit.

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman turut berkongsi satu perbualan dirinya dengan seorang ustaz:-

Apa-apa pun, semoga Amira Othman cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala..

 

Sumber daripada: Instagram Amira Othman 

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Rehan digesa kemuka rayuan | Harian Metro

Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) adalah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang berfungsi memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan. Setiap tuntutan yang dibuat perlu mengikut akta dan peraturan sedia ada, bergantung kepada skim perlindungan yang dicarum. Dalam hal melibatkan bekas atlet sepak takraw negara, Rehan Md Din, permohonan yang dibuat adalah untuk Pencen Ilat. Justeru,... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today6 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *