Hot FM

Amira Othman Jatuh Sakit, Terlantar Di Hospital

Baru-baru ini, penyanyi Amira Othman memaklumkan dirinya kini terlantar di sebuah pusat perubatan menerusi laman Instagram Story miliknya pada 6 Disember 2020.

Menurut penyanyi yang berusia 27 tahun itu, beliau dimasukkan ke hospital kerana terlebih melakukan senaman yang mengakibatkan ototnya terkoyak.

Lebih mengerikan lagi, ia turut menjejaskan buah pinggang dan hatinya.

“Moga menjadi pengajaran buat kita semua,” tulisnya

Bukan itu sahaja, keadaannya yang ketika ini terlantar menyebabkan penyanyi yang popular menerusi lagu Hati-Hati itu sukar untuk menunaikan solat.

Bagaimanapun, dengan bantuan adiknya Nurin Kamilia yang kelihatan menolong Amira memakaikannya telekung, Amira mampu menunaikan solat ketika sakit.

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman turut berkongsi satu perbualan dirinya dengan seorang ustaz:-

Apa-apa pun, semoga Amira Othman cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala..

 

Sumber daripada: Instagram Amira Othman 

Exit mobile version