Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Anak Tulis Surat Kerana Pulang Lewat, Nabila Huda Adakala Rasa Diri Gagal Jadi Ibu Yang Baik

today26 November 2020

Background

Kesibukan ibu bapa yang bekerja boleh menyebabkan waktu yang diluangkan bersama anak-anak menjadi kurang.

Perkara ini perlu diberi kefahaman untuk ibu bapa dan juga anak-anak.

Pada 25 November 2020, pelakon Nabila Huda telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Menurut perkongsian Nabila yang turut menggelar dirinya sebagai Abil:-

“A letter from my gorgeous daughter.. Neighbours maksud dia,my room kan next to her! So every night dia akan dengar neighbour dia ni gelak kuat-kuat before sleep! Haha..Actually bila abil baca surat ni, abil automatically jadi sedih sebab you know my job is not easy sebab MASA dalam hidup abil bersama family is never enough. Abil berkorban banyak benda demi kerjaya abil..And i am blessed to have her in my life sebab dia very supportive and sentiasa memahami yang mummy dia selalu tak cukup masa untuk buat benda lain dalam hidup. Kadang-kadang abil rasa abil failed as a mother sebab i’m always away..Always on set, less sleep, less time..That’s the hardest part being me..I really love you so much babykash..?”

Abil menceritakan mengenai surat yang diberikan oleh anak perempuannya kerana Abil telah pulang lewat.

Namun, membaca surat itu boleh membuatkan penat seorang ibu terubat dengan tulisan yang juga diselitkan dengan kata-kata lucu.

Bagaimanapun, Abil turut menyuarakan suara hati yang kadang-kadang merasakan dirinya gagal menjadi seorang ibu kerana selalu berjauhan dengan anaknya atas urusan kerja.

Mujurlah anaknya seorang yang memahami dan sentiasa menyokong Abil.

Takpe Abil, selepas ini bila sudah ada masa terluang, jadikan ia momen berhargaΒ  untuk ‘melekat’ dengan keluarga pula.

 

Sumber: Instagram Nabila Huda

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

h_53390729

Sosial

Kisah Tragis Wanita Transgender Di Penjara Lelaki, Terpaksa Berlakon Jadi ‘Lelaki’ Untuk Elak Diseksa

Terdahulu, selebriti transgender dari negara jiran, Indonesia, Muhammad Millendaru Prakasa atau lebih dikenali sebagai Millen Cyrus pernah ditahan di penjara lelaki sebelum dipindahkan ke sel khas. Dia dipindahkan atas sebab wujud kebimbangan bahawa dia akan mengalami penderaan seksual jika dia diletakkan bersama-samaΒ  dengan banduan lelaki. Terbaharu, kes keganasan seksual terhadap wanita transgender di penjara lelaki pernah didokumentarikan oleh... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today26 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *