Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Apa Sahaja Untuk Haura” Bawa Anak Jumpa Bekas Suami, Ramai Puji Tindakan Lufya

today3 January 2021

Background

Setiap pasangan suami isteri yang sudah berpisah pastinya akan mengutamakan kebahagiaan anak-anak mereka sehingga sanggup ketepikan semua sengketa yang pernah berlaku.

Begitu juga bagi pelakon Lutfyah Sheikh Omar atau lebih dikenali sebagai Lufya apabila beliau kini sudah berbaik bersama dengan bekas suami, Dr Che Hafiz demi masa depan anak tunggal mereka iaitu Laana Haura.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Lufya ada kongsikan satu video pendek menunjukkan beliau membawa Haura berjumpa dengan bapanya di sebuah pusat membeli belah.

Caption yang ditulis oleh Lufya membuatkan ramai berasa terharu dengan sikap profesional yang ditunjukkan oleh pelakon dan juga penyanyi itu.

Dalam masa yang sama ramai turut berasa teruja melihat reaksi si kecil itu dan berharap agar moment begini dapat diteruskan supaya Haura dapat merasai nikmat kasih sayang daripada ibu bapa.

Untuk makluman, Lufya dan Dr Che Hafiz telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan mengambil keputusan untuk berpisah sekitar Julai tahun 2020 yang lalu.

Sumber foto dan Instagram: Lufya

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (1)

Sosial

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Restoran Pamer Unsur Komunis

Jika kita lihat pada zaman kini, rata-rata rakyat Malaysia telah menggunakan kreativiti mereka yang tersendiri dengan mencipta karya lukisan tokoh sejarawan negara sebagai tanda ucapan terima kasih kerana telah berbakti kepada negara. Walaupun begitu, berbeza dengan rakyat Malaysia yang lain, seorang pemilik restoran di Pulau Pinang telah bertindak meletakkan wajah seorang tokoh yang merupakan pemimpin komunis, Mao Tze Tong di dinding premisnya. Tidak cukup dengan itu, lelaki tempatan... Klik sini […]

today3 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *