Setiap pasangan suami isteri yang sudah berpisah pastinya akan mengutamakan kebahagiaan anak-anak mereka sehingga sanggup ketepikan semua sengketa yang pernah berlaku.
Begitu juga bagi pelakon Lutfyah Sheikh Omar atau lebih dikenali sebagai Lufya apabila beliau kini sudah berbaik bersama dengan bekas suami, Dr Che Hafiz demi masa depan anak tunggal mereka iaitu Laana Haura.
Lufya ada kongsikan satu video pendek menunjukkan beliau membawa Haura berjumpa dengan bapanya di sebuah pusat membeli belah.
Caption yang ditulis oleh Lufya membuatkan ramai berasa terharu dengan sikap profesional yang ditunjukkan oleh pelakon dan juga penyanyi itu.

Dalam masa yang sama ramai turut berasa teruja melihat reaksi si kecil itu dan berharap agar moment begini dapat diteruskan supaya Haura dapat merasai nikmat kasih sayang daripada ibu bapa.
Untuk makluman, Lufya dan Dr Che Hafiz telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan mengambil keputusan untuk berpisah sekitar Julai tahun 2020 yang lalu.
Sumber foto dan Instagram: Lufya