Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Apa Salah Saya Berbasikal?” -Noor Nabila

today4 October 2020

Background

“Ingat lagi masa berbasikal, ada kereta hon-hon daripada belakang,”

Berkongsi pengalamannya ketika mula berbasikal, kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa, Noor Nabila menyifatkan pengguna jalan raya sengaja memberinya amaran.

Menurut Nabila, ketika menunggang basikal bersama rakannya, mereka tidak mengganggu pengguna jalan raya itu, sebaliknya menggunakan lorong yang betul.

Noor Nabila dalam kenyataan menegaskan bahawa ia adalah lebih baik sekiranya pengguna jalan raya dan penunggang basikal bersatu hati ataupun bertolak ansur sesama sendiri.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai peraturan yang sudah disediakan oleh kerajaan ketika ini, yang tidak membenarkan orang ramai berbasikal di kawasan larangan Noor Nabila memberitahu beliau masih lagi tidak jelas dengan garis panduan tersebut.

“Saya beri cadangan supaya pihak berwajib mengeluarkan satu garis panduan yang jelas, laluan specific, yang mana tidak boleh dan sebagainya,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik terbaharu Neelofa di sebuah pusat beli belah di ibu negara.

Selain itu, Nabila turut mengakui beliau dan rakannya sentiasa memastikan mereka mempelajari ataupun bersedia dengan laluan yang akan dilalui sebelum memulakan perjalanan.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Ikutlah peraturan Tammy – Lampard

London: Frank Lampard memberi amaran kepada Tammy Abraham agar menghormati 'peraturan' selepas penyerang Chelsea itu bertekak dengan Cesar Azpilicueta berkenaan dengan siapa harus mengambil sepakan penalti ketika aksi kelab berkenaan mengalahkan Crystal Palace 4-0. Ketika Chelsea mendahului 3-0 pada separuh masa kedua, Abraham mahu mengambil penalti kedua The Blues merampas peranan Jorginho, iaitu pakar sepakan penalti yang sudah pun menjaringkan gol (penalti pertama) sebelum itu. Abraham... Klik sini untuk baca […]

today4 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *