Seiring perkembangan pesat ekonomi dan kemajuan pelbagai teknologi masa kini, ia sebenarnya sedikit sebanyak dapat mengubah gaya hidup masyarakat Malaysia.
Antaranya termasuklah perbezaan cara berkomunikasi berbanding zaman dahulu. Jika dahulu, untuk berhubung dengan keluarga dan rakan amat sukar, namun kini semuanya dihujung jari malah lebih mudah berinteraksi dengan selebriti kegemaran masing-masing.
Antara pendekatan yang digunakan adalah platform media sosial termasuk Instagram.
Selain mengemaskini halaman dengan foto-foto dan video, mereka turut menyediakan perkhidmatan untuk bertanya kepada selebriti itu sendiri.
Terbaharu, pelakon dan pengacara Awal Ashaari telah cuba untuk mendekatkan dirinya bersama peminat dengan membuka ruang soalan.
Antara soalan yang ditanya termasuklah:-
“Perfectionist or OCD?” soal salah seorang daripada pengikut Awal
Umum mengetahui terdapat perbezaan antara perfectionist dan Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) ini.
OCD ialah penyakit dan pesakit selalunya ialah silent sufferer, tidak bangga dengan apa yang dialami kerana mereka tahu ia tidak logic.
Perfectionist pula adalah seseorang yang gemar sesuatu barang itu disusun teratur seperti mengikut warna.
“A bit of both,” jawab Awal
Apa-apa pun, Awal pasti mempunyai alasannya yang tersendiri dan jika dilihat pada foto berkenaan, pengacara yang mengendalikan program Melodi itu turut menulis nama isterinya Scha Alyahya.
Maksudnya, hanya isterinya Scha sahaja yang mengetahui dan memahami dirinya kan? Gittew!
Sumber foto: Instagram Awal Ashaari
Post comments (0)