Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sering Tayang Kebahagiaan Bersama Kamal Adli, Netizen Mula Bertanya Soal Kahwin Pada Uqasha Senrose!

today14 October 2020

Background

Tampil bergandingan bersama di dalam sebuah drama bersiri membuatkan nama Uqasha Senrose dan Kamal Adli kembali menjadi sebutan ramai. Terutamanya apabila mereka dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta.

Terbaru pelakon jelita Uqasha memuat naik foto mesra dirinya bersama Kamal di media sosial Instagramnya @uqashasenrose2.

https://www.instagram.com/p/CGNfuXLFt0Y/

Foto yang dimuat naik itu nampaknya mendapat pelbagai respon positif pengikut Uqasha dan netizen yang merasakan mereka sangat serasi bersama.

Malah, ruangan komen Uqasha juga dihujani dengan soalan ‘kahwin’, tak kurang juga yang mendoakan agar jodoh mereka dipanjangkan.

Sebelum ini tular mengenai Kamal yang membuat kejutan hari jadi di atas bumbung sebuah bangunan untuk Uqasha. Bukan itu sahaja, sumber memberitahu bahawa Kamal sendiri yang memasak dan merancang kejutan itu. So sweet!

Ada apa dengan Uqasha Senrose, Kamal Adli?

Memetik laporan Berita Harian sebelum ini, mereka dikatakan mula akrab sejak membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang, tahun lalu. Apabila ditanya mengenai status perhubungan mereka, Uqasha berkata,

“Kalau hendak tanya mengenai Kamal, sebaiknya, tanyalah dia sendiri. Lagi manis jika pihak lelaki yang bercakap berbanding perempuan.”

“Buat masa sekarang, kami selesa berkawan. Tak salahkan berkawan? Saya sendiri pun tak tahu jodoh dengan siapa. Jadi, saya terbuka berkawan dengan sesiapa sahaja”

Manakala Kamal juga enggan mengulas lanjut, cukup mengatakan perkara yang sama.

“Selagi belum kahwin, status kami kawan rapat. Biar orang ramai berteka-teki sama ada saya dan Uqasha benar-benar bercinta atau hanya untuk promosi drama” katanya.

Uqasha turut berkata, dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak terlalu menguar-uarkan hubungan istimewanya dengan Kamal. Okay okay, kita tunggu jelah, mana tahu nanti Uqasha dan Kamal pula umumkan tarikh istimewa!

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sukan

Sanusi pertimbangan rayuan KFA | Harian Metro

Alor Setar: Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Muhammad Sanusi Md Nor akan mempertimbangkan semula keputusannya untuk meletak jawatan melalui surat yang dibuat pada 25 September lalu di mana peletakan jawatan berkenaan akan berkuatkuasa mulai esok. Beliau bersama beberapa kepimpinan baharu yang dilantik sejak 12 Julai lalu bekerja keras untuk menyelesaikan segala masalah hutang tertunggak KFA sebelum ini mendapat rayuan oleh pengurusan KFA mahu beliau mengekalkan jawatan selaras... Klik sini untuk […]

today14 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *