Sepanjang tahun 2020 ini, banyak ujian dan dugaan kita semua lalui ditambah pula dengan pandemik Covid-19 yang bagaikan tiada penghujungnya ini.
Dalam masa yang sama, ramai yang mengambil kesempatan untuk mendirikan rumah tangga disebabkan pengurangan kos sepanjang pandemik ini berlaku.
Nampaknya, Pencetus Ummah (PU) Azman juga dikatakan tidak mahu ketinggalan untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.
Namun gelaran ‘bujang’ itu masih akan dibawa oleh PU Azman atau lebih mesra disapa dengan panggilan Cik Man ini ke tahun 2021.
Beliau memuat naik satu foto ketika menghadiri majlis perkahwinan salah seorang teman rapatnya dan caption pada gambar tersebut telah membuatkan ramai terhibur.
Misi PU Azman untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini terpaksa disambung semula ke tahun hadapan.
Ramai turut mendoakan semoga tahun hadapan beliau akan bertemu dengan jodoh yang baik dan dapat menamatkan zaman bujang itu.
Sumber foto: Instagram PU Azman
Post comments (0)