Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Baru Nak Honeymoon, Peminat Suruh Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Balik Cepat Kerana PKP

today11 January 2021

Background

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir masih lagi baru bergelar suami isteri setelah mereka bernikah pada 1 Januari 2021 lalu.

Bagaimanapun, mereka tidak terus pergi berbulan madu kerana Ayda menunggu adiknya bersalin terlebih dahulu.

Pada 11 Januari 2021, Nabil telah memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya.

Melalui caption ringkas “Honeymoon starts now! Yayyy!! Love you wife ??” ia memberitahu bahawa mereka sedang berbulan madu.

Ia juga setelah adik kepada Ayda sudahpun melahirkan seorang bayi perempuan.

Perkongsian daripada Nabil ini mendapat perhatian para peminat di ruangan komen.

Menariknya, ada beberapa komen daripada peminat yang menyuruh mereka pulang cepat kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijadualkan bermula 13 Januari 2021.

Apapun, semoga pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir ini berbahagia dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.

 

Baca artikel berkaitan: Demi Menunggu Adik Tersayang Bersalin, Ayda Jebat Sanggup Tangguhkan Honeymoon!

Sumber: Instagram Nabil Mahir

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

[VIDEO] Pengantin Alih Tangan Suami Sebab Takut ‘Awning’ Tudung Rosak Cuit Hati Netizen

Menerusi video yang berdurasi 39 saat itu, pengantin perempuan yang bernama Anieysah kelihatan tidak dapat menahan ketawa apabila suaminya meletakkan kesemua tapak tangan di atas kepalanya semasa jurufoto sedang mengambil gambar mereka.Mungkin nervous kerana kali pertama, pengantin lelaki itu nampak agak kekok apabila diminta melafazkan doa sambil meletakkan tangan di atas ubun-ubun isterinya.Oleh kerana risau 'awning' tudungnya akan kemik, dia dengan selamba mengalihkan tangan... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today11 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *