Connect with us

Yang Hangat

Bekas Suami Balik Semula Dengan Kekasih Ketika Masih Bergelar Suami Isteri, Ini Luahan Hati Zarina Anjoulie

Memang matang cara Zarina berfikir dan berkongsi pendapatnya buat semua

Published

on

Pelakon Zarina Anjoulie sentiasa dikenali dengan kisah hangat mengenainya.

Namun tidak dilupa, ada sisi positif beliau yang membuatkannya disukai ramai.

Umum mengetahui tentang perceraian yang diumumkan beliau pada Januari 2021, Zarina mengakui beliau kini gembira dengan keputusannya itu.

Pada 17 Februari 2021, Zarina telah dijemput menjadi tetamu bersama Geng Pagi Hot di Hot FM.

Beliau kedengaran sangat ceria dan boleh berkongsi cerita dengan pemikiran yang positif.

Memberitahu dirinya pernah tinggal di Brunei selama 3 tahun, Zarina tidak menyesal berbuat demikian kerana beliau mendapat ketenangan yang diinginkan setelah banyak dihimpit dengan berita-berita panas yang sebahagiannya adalah palsu.

Ditanya pula tentang soalan peribadi, Zarina memberitahu beliau kini baik-baik saja dan merasakan telah membuat keputusan terbaik dengan khabarnya yang telah bercerai baru-baru ini.

Beliau juga gembira untuk bekas suami yang sudah kembali dengan bekas kekasihnya sebelum ini.

Ia berlaku ketika mereka masih lagi bergelar suami isteri.

Namun ia bukanlah menjadi punca mereka bercerai kerana menurut beliau ada sebab lain.

Zarina juga merasakan beliau dan bekas suami sepatutnya memperbetulkan diri mereka dahulu.

Oleh itu keputusan mereka berkahwin sebelum ini dianggap agak terburu-buru.

Bagaimanapun, Zarina mengharapkan bekas suaminya berbahagia dengan kekasihnya kini, serta tidak menyimpan dendam.

Sementara itu, Zarina turut menasihatkan para wanita yang mempunyai masalah, supaya sentiasa kuat kerana setiap masalah tidak akan berkekalan selamanya.

Ini kerana sesuatu masalah itu dapat diselesaikan.

Menurut beliau, kekuatan dirinya sekarang adalah kerana merasakan tanggungjawabnya yang besar setelah bergelar seorang ibu, so tak boleh give up tau!

Tambahnya, setiap orang sangat perlu untuk mencintai diri sendiri dalam memastikan mereka juga dapat merasa bahagia.

Dalam pada itu, kisah penuh tentang perkongsian Zarina ini boleh ditonton di YouTube Hot TV.

Apapun, Zarina benar-benar terlihat tenang dan semoga beliau dapat mengharungi segala cabaran hidup berbekalkan kekuatan yang dimilikinya.

 

Baca artikel berkaitan: “Ini Pilihan Kami,” Bercerai Secara Mengejut, Ini Jawapan Zarina Anjoulie

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.