Kerjaya sebagai seorang pramugari adalah antara kerjaya moden yang diimpikan oleh ramai gadis.
Di Malaysia, antara syarikat penerbangan yang menjadi perhatian adalah Malaysia Airlines (MAS).
Uniform yang dipakai oleh pramugari MAS pun rekaannya cantik dan timeless.
Pada 5 November 2020, pelakon dan penyanyi Bella Astillah telah memuat naik foto dirinya memakai seragam pramugari MAS di Instagram.
Bella mendedahkan bahawa cita-citanya sejak kecil ialah untuk menjadi seorang pramugari.
Menurutnya, beliau memakai seragam itu pada 16 September 2020 yang lalu bersempena dengan birthday Aidil Astillah yang bertemakan ‘dream job’.
Katanya, pihak MAS sendiri telah berjumpa Bella dan menerangkan dengan terperinci akan keistimewaan uniform tersebut.
Bella berkongsi bahawa sejarah menunjukkan uniform MAS yang digunakan sehingga kini adalah asalnya idea kreatif satu ciptaan daripada Fakulti Art & Design di UiTM Shah Alam pada tahun 1983.
Idea tersebut dicetuskan daripada Perdana Menteri ketika itu bagi membangunkan syarikat penerbangan domestik.
Menurut Bella lagi, corak bunga raya yang ada pada uniform turut melambangkan jati diri negara Malaysia.
Oleh itu, uniform MAS adalah sangat istimewa dan satu kebanggaan buat negara.
Bella juga memohon maaf kerana telah menggunakan uniform tersebut tanpa mengetahui lebih awal akan info, sejarah, dan etika berkenaan uniform MAS.
Pesannya, orang ramai juga mesti lebih berhati-hati dalam penggunaan uniform spesifik syarikat agar ia tidak disalahgunakan.
Sumber: Instagram Bella Astillah
Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof
Post comments (0)